Lepas Grad, Apa Nak Buat? Bila Minat Lama Jadi Sumber Inspirasi

Lepas Grad, Apa Nak Buat? Bila Minat Lama Jadi Sumber Inspirasi

Setelah bertahun-tahun menuntut ilmu dalam bidang Teaching Arabic as a Second Language di UIA, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian. Tapi selepas habis belajar, saya mula rasa kosong dan bosan. Setiap hari terasa panjang, dan saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi masa lapang saya dengan lebih bermakna.

Walaupun bidang pengajian saya berkaitan bahasa, minat saya yang sebenar dari dulu lagi adalah memasak. Memasak bagi saya bukan sekadar hobi, tapi satu terapi. Saya suka melihat orang lain menikmati hasil air tangan saya, dan kepuasan itu tidak ternilai harganya.

Daripada termenung tanpa hala tuju, saya ambil peluang ini untuk mendalami minat saya dengan lebih serius. Saya mula bereksperimen dengan resipi sambal bilis homemade, sesuatu yang telah lama saya suka tetapi tidak pernah saya fikirkan sebagai peluang. Setiap hidangan yang saya hasilkan bukan sekadar rasa, tetapi mencerminkan kasih sayang dan usaha yang saya curahkan.

Saya mula berkongsi sambal bilis saya dengan keluarga dan kawan-kawan, dan maklum balas mereka sangat mengujakan. Ada yang kata sambal saya ‘kena dengan tekak,’ ada juga yang terus minta saya buatkan lebih untuk mereka. Dari situ, saya sedar bahawa minat saya ini boleh menjadi sesuatu yang lebih besar.

Kini, saya lebih bersemangat meneruskan hobi memasak saya sambil berkongsi keenakan sambal homemade yang saya hasilkan. Bagi anda yang sedang mencari aktiviti selepas tamat belajar, mungkin minat lama anda sebenarnya boleh dijadikan peluang baru. Jangan takut untuk cuba dan teruskan apa yang anda suka.

Nak rasa Sambal Bilis Perghhh saya? DM saya sekarang! Siapa tahu, sambal ini mungkin jadi kegemaran anda juga. 😉

Comments