Lepas Grad, Apa Nak Buat? Bila Minat Lama Jadi Sumber Inspirasi
Lepas Grad, Apa Nak Buat? Bila Minat Lama Jadi Sumber Inspirasi Setelah bertahun-tahun menuntut ilmu dalam bidang Teaching Arabic as a Second Language di UIA, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian. Tapi selepas habis belajar, saya mula rasa kosong dan bosan. Setiap hari terasa panjang, dan saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi masa lapang saya dengan lebih bermakna. Walaupun bidang pengajian saya berkaitan bahasa, minat saya yang sebenar dari dulu lagi adalah memasak. Memasak bagi saya bukan sekadar hobi, tapi satu terapi. Saya suka melihat orang lain menikmati hasil air tangan saya, dan kepuasan itu tidak ternilai harganya. Daripada termenung tanpa hala tuju, saya ambil peluang ini untuk mendalami minat saya dengan lebih serius. Saya mula bereksperimen dengan resipi sambal bilis homemade , sesuatu yang telah lama saya suka tetapi tidak pernah saya fikirkan sebagai peluang. Setiap hidangan yang saya hasilkan bukan sekadar rasa, tetapi mencerminkan kasih sayang dan usa...